Pertama kali hamba di sini menjejak kakiku di satu tempat yang bernama PWTC atas dasar yang baik kaki ku melangkah. bukan atas dasar macam konsert tu, yang tu SOHEH tak pergi punye. langkah kaki ke sana pun dah berat. Ini pun alhamdulillah dapat kosongkan masa sikit pergi dengar alunan merdu kitab suci Al-Qur'anul karim dan banyak lagi perkara yang dapat menginsafkan ana....
Yang paling ana ingat ada seorang sheikh yang buta matanya tapi MasyaAllah bacaannya sangat mantap sekali. sedap betul alunan ayat-ayat suci yang dialunkan oleh beliau. Sheikh ini baru 18 tahun tp bukan orang sini lah.. walaupun kurang satu pancaindera tapi bacaan dia sungguh terasa dekat dalam hati sanubari ini...
hebat-hebat.... tengok orang-orang dekat PWTC tu ramai la, penuh tempat duduk sampai kena naik tingkat 6.. bila tengok orang ramai tu satu expression atau tanggapan yang baik la dengan rasa syukur kerana ramai jugak umat-umat Islam yang datang ke majlis ini, ada yang membawa al-Qur'an tafsir sampaikan ada yang duduk atas tangga sambil memerhatikan tafsirnya.